PRESEVERE
tapi harini terlalu boring and empty with nothing. so maybe aku akan buat summary dalam my love story.
my first love is hairul idzwan. orang pertama yang paling sweet bagi aku yang berjaya buat aku fall in love. masa form 4 and form 5 aku dgn dia. tapi aku kenal dia masa duduk kluang, form 3 kot, kalau dulu style aku bercouple, main maki2. syg tapi asik memaki je mulut ni. kalau merajuk, langsung pulak tak pujuk. off handfon, tak mesej seminggu. masing2 pun tanak pujuk masing2. tapi masa tuh takde pulak lah main tacing2 bagai. tapi happy je couple dengan dia. steady bah.. kawan baik dia, andy. slalu ada dengan dia. aku pun sama la.
tapi sayangnya dia ada sakit jantung berlubang, pernah la dia tunjuk bekas operate. mak dia selalu pesan, jangan itu, jangan ini. aku plak, sebab fikir dia dah operate, so aku cool je. biasa la, belum dewasa, tak berapa memahami. pernah putus and couple balik, tak silap masa 2 tahun lepas, dia putus lagi dengan aku, masa tuh, dia berubah, kenapa eh, dia pergi pada jiha, sebab jiha goda dia. pernah la jugak depan kawan2 dia, dia wat taik dengan aku, isap rokok depan aku. dia n jiha isap rokok depan aku sedangkan selama aku kenal dia tak pernah merokok. jiha pakai spagethi so sexy, serius sengaja nak tunjuk depan aku, yang aku dah tak diperlukan lagi. aku punyalah bengang malu suma ada. menangis kut aku kat situ balik ngadu kat faridah. sedih yang teramat sangat.
tapi semua tuh sekejap je, lepastuh hairul balik pada diri dia yang sebelumnya, and aku dah bersedia nak terima dia semula, masa tuh kitorang dah berubah jadi matang sikit dari yang sebelum tu. semua berubah jadi so sweet and lebih pandai menghargai satu sama lain. dia janji balik pada aku lepas tu. tapi dia dengan jiha belum settle lagi masa tuh mungkin sebab jiha taknak lepaskan dia balik pada aku. tapi jiha tetap macam bitch. masa tu, sebab sayang yang teramat sangat, aku setia je tunggu herol settlekan masalah dia dulu sebelum balik pada aku seperti yang dijanjikan.
but....
pathetically, tuhan lebih sayangkan dia. allahyarhham hairul idzwan pulang ke rahmatullah pada 2jun2009 kerana sakit yang dia alami. tuhan saja yang tau macam mana perasaan aku waktu tu, tak sempat nak cakap apa-apa. banyak benda yang tak sempat nak cakap dan buat untuk dia.. bagi aku, andy saja yang faham semua apa yang sedang berlaku. dan tentu tuhan lebih memahami semua ni. tak payah cakap perasaan sedih ni macam mana, semua yang tau benda ni might have already known how it feels. sayangnya aku tak ada gambar dengan herol sebab masa aku dengan dia, belum pakai fon yang ada camera. dan bukan suka berposing bila jumpa macam sekarang. dulu yang penting cuma contact. kalau time aku dah ada camera pun, cuma berposing sorang2.
okay, yang ada dengan aku waktu tu yang faham aku, andy, faridah, n fareez. cuti sem masa tuh.. dorang lebih tau pasal semua ni, lama selepas kejadian ni, aku couple dengan andy, andy pun sangat baik dengan aku and janji akan jaga aku diz n dat. tapi satu hari semuanya berubah. andy buat sesuatu yang sangat menyakiti aku, kalau ukur kat tiang tinggi 200cm, 190cm ketinggian dia menyakiti hati aku. sangat~ bertambah sakit bila ingat dia yang akan jaga aku jadi pengganti arwah herol, tapi macam ni akhirnya dia buat aku. tak tercerita lah macam mana. sayang aku jadi benci. dan sekarang, dia cari aku semula. kenapa? sumpah aku tak tau kenapa. thats why people said.. people change..
me n andy. gmbr lain xjumpa la kat folder mana. terpaksa masuk gambar ni.
lepas lama aku suffer, aku dapat muhd haniff (haki) .. kenal dia dah lama through myspace. kawan dari sem 1. bole kata rajin jugak contact2.. tapi meet start sem 4. sebelum couple, memang selalu mesej. sweet. 2 ekor scorpion kesayangan aku tulah yang jadi penyebab aku berjumpa dengan dia.kalau nak cerita. panjang ceritanya. bila aku tengok dia ada gaya herol sikit2, suara, rambut, mata, n tangan. prangai? lot of similarity. memandangkan dah kenal dia masa tuh walaupun baru meet face to face, tapi rasa happy sangat. macam, bring back memories. tah.. macam bahagia sangat tengok dia... lama2 sayang.. maybe 'cuz of the way he treat me. dia la yang jaga my scorpies named mata n faka. bila naik sem 5, start couple. then everything was so sweet for me. i remember the famous amos cookies, nasi ayam penyek, cindy.. he bought a very cute squirrel named cindy to be our daughter. he rides to my house by his fixie.. meet me.. i went to his house.. meet him.. he was so caring. me too.. aku pernah masakkan dia resipi ayah aku, "ayam masak ungkep" pedas.. 31 august dgn dia, pergi tgk wayang sama... overnite lepak kat marina facing the sea.. gilir2 jaga anak2.. (scorpion n cindy).. i gave him a skull keychain, when i go to kuantan for my assignment, i bought him a rubber band and a bracelet engraved his name 'haki' .. eh2, ter 'BI' lak.. nak cerita in malay je semua ni sebenarnya.. tapi taknak nampak jiwang, ter speaking plak. okay sambung.. tringat masa nak abis sem, kenela berpisah, dia datang mengejut 2 kali tak silap. tiba2 ada depan rumah. emm.. happynya bf datang jumpa.. =...) *sedih tiba2.. dia bagi cincin, perfume Hollywood playboy dia dan baju dia, aku pun bagi baju aku and rantai gigi jerung.. emm.. lepastu asik rindu je.. then masa aku practical kat Batu pahat, dia datang dengan midon.. pegi makan shushi.. happy je masa tu... peluk, pimpin tangan suma.. happy ada bf. sayangnya.. tengok wayang.. jalan2.. pegang tangan.. sense of belonging... aku selau tidur dengan baju dia. cincin dia aku selau pakai pada rantai aku.
tringat.. masa birthday dia.. aku pergi buat surprise depan rumah dia.. emm... =..) rindunya.. aku pakai baju pink pegang kek, bajet2 cute sebenarnya tak pernah cute. malunya.. ;( pergi makan asam pedas melaka.. be with him.. be next to him in the car.. main pipi dia.. pegang tangan dia, macam tangan herol tu.. semuanya... bahagia. tapi akhirnya.. dia pun sama , tinggalkan aku. merayu atau apa dah tak dilayan. tak tau mana silapnya. aku tak pernah mengongkong dIa, tak pernah minta apa2 pada dia. kenapa eh... sakit memang tak payah nak cerita lagi la. tolong alami dan rasa apa aku rasa untuk tau bagaimana perasaan itu.
sekarang, tengok orang yang kita sayang seronok dengan yang itu, yang ini, kita perlu seronok jugakah? dia tak rasa sedih yang macam aku rasa... kehilangan yang berkali kali. sampai hati semua buat aku macam ni.. takpe.. arwah nenek pernah cakap.. selagi kita boleh tunjuk kita happy, kita buat, kita tunjuk. kalau orang dah taknak, jangan paksa. sabar. tabah. terima kenyataan. terima kasih nenek. sebab tu aku rindu nenek sesangat. dan sebab tu aku rindu arwah hairul sangat2. bila dia nak kau ok, kau cakap kau ok. dia akan percaya kau ok, sebab dia bukan tau apa yang kau rasa kat dalam.
bambam & bimbim (me n haki)
"someone asked me if i missed you ? i didn't answer . i just closed my eyes and walked away then i whispered 'SO MUCH' ! ♥