:HATI SEORG WANITA:
1.Bila  sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak  menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 
2.Bila  dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik  kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur  dengan ucapan maaf. 
3.wanita  sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia  sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di  tengah jalan). 
4.Sekiranya  sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan  sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan  lelaki lain. 
5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 
6.wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 
7.Jika  kamu tidak suka dengan wanita yang sukakan kamu separuh mati,tolak  cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam  diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan  lakukan apa saja. 
8.Sekiranya  seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak  cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin  menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 
9.wanita  suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan  adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 
10.Jangan sesekali beritahu wanita yang mereka ni langsung tak berguna 
11.Bersikap terlalu xambil kisah boleh mematikan mood wanita. 
12.Bila  pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon  positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap  acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang  diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua  rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 
13.Sekuntum  senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.  14.Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan  persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 
15.Jika  sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak  keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 
16.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 
17.Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! 
18.Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 
19.Kalau  kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati  sorang wanita,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 
20.Bila  setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita  ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah  dirinya sendiri. 
21.Bekas  teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang  dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di  hatinya!! 
22.Satu ucapan ‘WOI’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 
24.wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 
25.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 
26.Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 
27.Senjata wanita adalah airmata!! 
28.wanita  suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise  buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan  rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 
29.wanita  mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik  terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 
30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.. -END 
so kaum2 adam dalami lah hati seorang wanita... cinta itu sakit sgt...